Akhirnya suatu debat tentang penulis blog di debatkan di kaca tv semalam melalui siaran tv9 oleh Dr. Agus. Daripada perdebatan itu dapatlah dibuat rumusan bahawa aku termasuk di dalam kumpulan penulis blog yang bertanggungjawab kerana berani menggunakan nama sebenar dalam menulis setanding dengan Jeff Ooi dan A. Kadir Jasin walaupun setiap hari aku membelasah Azam dan mungkin akan menerima tindakan undang-undang jika Azam melakukan aduan di balai polis berhampiran.Wednesday, January 31, 2007
Akhirnya suatu debat tentang penulis blog di debatkan di kaca tv semalam melalui siaran tv9 oleh Dr. Agus. Daripada perdebatan itu dapatlah dibuat rumusan bahawa aku termasuk di dalam kumpulan penulis blog yang bertanggungjawab kerana berani menggunakan nama sebenar dalam menulis setanding dengan Jeff Ooi dan A. Kadir Jasin walaupun setiap hari aku membelasah Azam dan mungkin akan menerima tindakan undang-undang jika Azam melakukan aduan di balai polis berhampiran.Tuesday, January 30, 2007
Suhu pada pukul 6 pagi di Jalan Traves sudah pun meningkat 3 darjah celcius daripada kebiasaannya iaitu 23 darjah celcius. Mungkin itu satu petanda baik untuk aku ke Korbu sekurang-kurangnya masalah hujan lebat dapat dielakkan terutama sewaktu memasak. Harga saham juga sudah semakin stabil semalam yang hanya bermain sekitar RM2.19 hingga RM2.26 ini memudahkan aku untuk menjualnya pada bila-bila masa jika mendapat peluang kerja di tempat lain. Mungkin Azam patut meminta pertolongan Doraemon demi mencari mesin masa untuk kembali ke belakang membatalkan penjualan sahamnya. Mak angkat aku pula sudah 2-3 hari asyik membebel tentang kereta yang di tinggalkan oleh tuannya menghadang parkir Presiden Persatuan Penduduk Vista Angkasa kononnya kelihatan semak mata memandang. Mengikut siasatan tidak rasmi, kereta Iswara ini sudah hampir dua minggu ditinggalkan kerana tuannya telah ditangkap oleh polis berpakaian preman ketika melakukan “urusan” di bawah apartment aku.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
8:10 AM
0
comments
Monday, January 29, 2007
Sabtu lalu dengan berbekalkan modal sebanyak RM18.80 aku, Ayob dan Zafrul menerima jemputan Farrah ke Gunung Angsi yang terletak berhampiran kawasan perkelahan Ulu Bendul. Entah kenapa Zafrul agak bertolak ansur dari segi masa kali ini melayan karenah aku yang mahu bersarapan pagi dahulu kerana terlalu lapar jika sebelum ini mungkin sudah kena tinggal agaknya. Perjalanan ke puncak setinggi 2702 kaki itu banyak menyusuri sungai yang cantik mengingatkan aku kecantikan Ledang. Aku rasa Nuang juga sepatutnya secantik Angsi jika tiada sampah yang bertaburan. Angsi mempunyai laluan yang agak sukar juga kerana terpaksa membuang masa yang agak lama memanjat tebing menggunakan tali walaupun masa yang diambil untuk sampai ke puncak cuma dalam masa 2 jam 4 minit. Angsi sangatlah sesuai sebagai pusat latihan untuk orang seperti Azam yang selalu kalah di pertandingan akhir bagi menguatkan staminanya yang kurang akibat memakan sotong setiap hari atas alasan lauk lain sudah kehabisan.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
8:11 AM
1 comments
Labels: Gunung
Friday, January 26, 2007
Keuntungan RM0.29-RM0.49 seunit itu lebih baik daripada pelaburan 2 tahun 6 bulan yang aku buat di Saham Amanah SBB Mutual hanya meningkat RM0.19 yang telahpun aku jual semalam. Penjualan itu hanya dapat dibuat selepas pergi di tiga cawangan Southern Bank Berhad sekitar Petaling Jaya kerana karenah birokrasinya. Setelah dikaji rasanya lebih baik menyimpan di dalam Amanah Saham Bumiputra dengan keuntungan minimum 7% setahun ataupun melabur dalam RR Venture syarikat cap Ayam kepunyaan Azam.
Terkejut yang amat sangat bila permohonan permit mendaki Gunung Korbu pada 1-4 Febuari 2007 daripada Pejabat Hutan Kuala Kangsar telahpun diluluskan dalam masa sehari. Namun tidaklah aku terkejut dengan memo yang dikeluarkan semalam mengkehendaki aku bekerja pada hari yang sama aku ke Gunung Korbu demi pelancaran kondo baru berhampiran Hospital Taman Desa. Ini kerana dapatlah juga aku membalas dendam dengan menolak “pelawaan” itu sebagaimana penyelesaian mudah yang di buat untuk aku di Sg. Buloh.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
8:25 AM
0
comments
Thursday, January 25, 2007
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
7:48 AM
0
comments
Wednesday, January 24, 2007
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
8:19 AM
0
comments
Tuesday, January 23, 2007
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
7:50 AM
0
comments
Monday, January 22, 2007
Masih terasa sengal lagi seluruh badan dan sudah lari semua “alignment” Datsun 120y aku angkara Great Eastern 30K Pacesetters Run semalam. Nampaknya Farrah masih marahkan aku dan berjanji akan membalas dendam kerana meninggalkannya berbanding janji-janji manis yang ku tabur akan sentiasa bersamanya hingga ke akhir garisan penamat sebelum ini. Mungkin aku dirasuk Ifrit agaknya kerana dapat menghabiskan 30.1km dalam masa 2 jam 42 minit atau bersamaan 5.4 minit untuk satu kilometer untuk laluan paling sukar setakat ini dimana 80 peratus adalah laluan bukit. Aku tidak pasti aku berada di tempat ke 126 ataupun 162 kerana kepenatan yang amat sangat, namun masih lebih baik daripada Zafrul di tempat ke 475 dan Farrah di tempat 48 yang di tinggalkan lebih 30 minit di mana keputusan rasmi akan di edarkan dalam masa 12 minggu. Sebenarnya catatan masa itu lebih baik daripada masa yang dibuat untuk 22.3km, 21km, 10km mahupun 7km oleh aku sendiri mungkin disebabkan oleh teknik “land toe”, diet seimbang, ketepatan latihan atau mungkin nasihat Dr. Benette 3 tahun lepas supaya menjadikan bukit itu sebahagian daripada diri aku.Hari ini tamatlah “kontrak” seteko air teh susu setiap pagi oleh aku semenjak ketiadaan Kak Kiah yang berhenti wajib 2 tahun lepas. Tempatnya akhirnya digantikan juga oleh Kak Ita untuk memenuhi keperluan mendesak semasa. Untuk tempoh itu juga mandrem aku masih gagal menundukkan Ros yang selalu minum air tersebut walaupun dia mengetahui niat murni aku dan memberi galakan supaya aku mencuba di lain kali.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
8:10 AM
1 comments
Labels: Larian
Thursday, January 18, 2007
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
11:01 PM
0
comments
Lama juga anonymous yang memang tidak dikenali tidak bersuara dalam blog ini mungkin sudah empat purnama rasanya, sayang juga rupanya dia pada aku. Pertanyaannya tentang siapa langit dan bumi dan idea yang “tidak sudah” sebenarnya hanya menyuruh saya bercerita lanjut tentang Aida. Namun yang aku rasa bengang sangat hingga mahu membelanja teh ais orang itu ialah anonymous yang sangat dikenali yang membelasah aku tidak kahwin-kahwin kerana mempunyai perspektif yang salah. Untuk memudahkan cerita sejak azali lagi Aida telah menganggap aku cuma sebagai adiknya, tentang langit dan bumi itu cuma melambangkan perangai kami yang jauh berbeza di mana Aida tidak berhenti-henti bercakap dan aku sebaliknya serta bermacam lagi. Rasanya ciri-ciri lengkap-melengkapi atau sebagai perlambangannya asam yang digunakan untuk memerap ikan tiada di antara kami tetapi tidak mustahil kami bertemu dalam kuali akhirnya.
-
Sebenarnya sebab aku tidak berkahwin bukannya kerana perspektif yang salah cuma mengikut kata Azam ia cuma soal nasib dan rezeki yang ditentukan oleh Yang Maha Esa janganlah sekali-kali kita mempertikaikannya. Mungkin anda terlena semasa menghadiri kursus kahwin dulu ataupun terpaksa menghadiri kursus tersebut kerana dipaksa oleh tunang agaknya, mungkin anda boleh pulang ke rumah rujuk semula modul 7 kursus kahwin tersebut itupun jika belum dijual kepada “paper lama”. Selepas ini mesti soalan yang paling mudah di jawab di planet bumi akan ditanya iaitu kenapa tidak berkahwin-kahwin kerana nabi tidak akan mengaku umat jika tidak berkahwin yang merupakan sunnahnya. Inilah masalah bangsaku yang suka belajar “tidak habis” semata-mata kerana mahu mengenakan kawan-kawan. Sebenarnya hadis penuh tersebut nabi menyuruh umatnya menjalankan tiga sunnahnya iaitu bermula dengan solat sunat, puasa sunat dan berkahwin. Jika ada masa bolehlah anda belajar daripada Azam yang di dalam kepalanya semak dengan kata-kata mutiara Dr. Fadzilah Kamsah sebelum dia bekerja di tempat lain kerana pagi ini mengikut kata Fadzli dia menghadiri temuduga lagi.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
8:14 AM
0
comments
Wednesday, January 17, 2007
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
8:12 AM
3
comments
Monday, January 15, 2007
Entah sudah berapa pagila aku asyik mendengar kata-kata mutiara Dr. Fadzilah Kamsah itu daripada mulut Azam, rasanya di ketika itu aku rasakan malaikat itu sedikit lebih baik daripadanya. Mana tidaknya entah dari mana auranya hingga dia boleh bercerita tentang mental, nasib, rezeki dan sentiasa bersangka baik kerana kalau sebelum ini hendak menceritakan kod html pun tergagap-gagap. Namun itu masih belum dapat lagi mengubah pandangan aku terhadap sms yang diterima minggu lalu dan berazam untuk menjadi budak jahat selepas ini walaupun rasanya aku bukanlah baik pun sebelum ini. Namun nasihat Azam itu berjaya juga membuka hati aku supaya tidak terus menutup blog ini selamanya kerana bimbang pula berlaku rusuhan di Taman Desa setelah ditutup tiga hari. Namun nasihat itu sangat baik kalau hendak dibandingkan dengan nasihat Mat Khairi, kerana rasanya lebih baik terus sahaja minta dengan Ifrit kerana semua nasihatnya sedikit lebih baik daripada Ifrit. Semalam aku dan Zubir berkunjung ke CONVEC untuk melihat sendiri Pameran Kegemilangan Sains dalam Tamadun Islam begitu banyak umat manusia yang datang melihat pameran tersebut hingga di sambung untuk sebulan lagi. Entahla bila melihat begitu ramai wanita yang berkunjung ke situ niat aku mahu melihat tamadun Islam itu akhirnya dengan sendirinya bertukar menjadi niat mencari jodoh pula.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
7:58 AM
0
comments
Friday, January 12, 2007
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
8:26 AM
0
comments
Thursday, January 11, 2007
Banyak yang telah berubah pada tahun 2007, bas Rapid KL ke Taman Desa yang biasa memulakan operasinya dari stesen KL-Klang telah berpindah ke KL Sentral dengan menurunkan tambang kepada RM 1.00 untuk pergi dan balik. Akhirnya semalam aku berjaya membuang masa selama dua hari manusia degil seperti Syafie apabila aku sekali lagi menganjak resumenya hingga ke petang membuatkan dia “terasa hati” hingga pulang dengan tangan kosong. Seharian jugalah aku mengayat Makcik Esah emak saudara kepada Nurul Fadilah yang tinggal di Banting itu sementara membuat kerja-kerja lain. Namun yang cukup mengecewakan ramai yang datang dengan tangan kosong tanpa membawa apa-apa sijil ataupun surat “testimony” untuk disandarkan dengan alasan mereka mempunyai pengalaman yang cukup gaban, agaknya mereka ingat mereka akan bekerja dengan syarikat Cap Ayam. Dengan pemerhatian selama dua hari dapatlah dibuat kesimpulan bahawa di kafetaria kami, sambal petai ikan bilis adalah yang paling sedap, Chef Salina adalah yang paling lawa, juruwang shif petang adalah yang paling comel. Calon-calon temuduga iaitu Siti Solehah yang paling manja, Nurul Fadillah yang paling lembut dan comel serta Syafie adalah yang paling bangang kerana mencari pasal dengan aku.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
8:10 AM
1 comments
Wednesday, January 10, 2007
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
7:30 AM
0
comments
Tuesday, January 09, 2007
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
8:18 AM
0
comments
Monday, January 08, 2007
Kalau setakat Encik Yusuf, Zainal dan Rajan yang gagal menghadirkan diri tidaklah memberi apa-apa kesan kepada program di Bukit Gasing sabtu lepas kerana aku sudah mendapat kesudian daripada tiga biadari yang menemankan aku iaitu Farrah, Marsha dan Rozel. Dan di dalam hati kecilku aku juga berharap Zafrul dan Ayob juga tidak menghadirkan diri untuk memudahkan aku menjadi playboy seperti mentorku Zubir. Program yang bermula pada jam 7.45 pagi ini berjalan dengan baik dan berjaya ditamatkan pada pukul 11.00 pagi cuma kasihan sedikit kepada Rozel yang sedikit semput selepas perjalanan “canopy walk”. Sejurus turun daripada Bukit Gasing, Shida mengajak aku bermain boling di Cosmic Bowling Mid Valley dan sebagai lelaki budiman aku tidak mampu menyekat dia daripada “membelasah” aku yang mendapat mata tidak sampai pun 50. Rasanya hingga tujuh keturunan kucing pun aku tidak mampu menanggung kemaluan yang amat sangat. Mahu sahaja aku menutup muka seperti Zorro semasa membaling bola tersebut supaya tidak dikenali oleh Shida. Sebelah malamnya pula aku dikejutkan dengan panggilan daripada Aida yang mengajak aku minum di Syed Bangsar. Rasanya sudah 5 purnama aku tidak berjumpa dengannya semenjak pemergiannya ke negara Uncle Sam. Ternyata banyak sungguh susut badannya berbanding dulu tetapi masih lagi comel seperti Farrah. Aku tidak faham-faham sampai sekarang kenapalah dia yang dilahirkan dua bulan awal daripada aku tidak berhenti-henti menyuruh aku mencari jodoh walhal dia sendiri pun belum berkahwin hingga sekarang.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
8:11 AM
2
comments
Labels: Gunung
Friday, January 05, 2007
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
8:30 AM
1 comments
Wednesday, January 03, 2007
Kali ke sepuluh
Kelmarin aku menerima notis pendek untuk ke Nuang daripada Farrah, walaupun aku amat bersetuju tetapi secara jujurnya hati aku berat untuk pergi kerana Ayob juga dijemput sama untuk tujuan tersebut. Bila difikirkan kembali jika aku pergi berdua sahaja dengan Farrah samalah umpama aku pulang dari pasar membeli ikan kembung kemudian menyuruh boy kucing Makcik Mah menghantarnya ke dapur. Semalam merupakan pendakian kali kesepuluh ke Nuang dengan catatan masa lewat setengah jam daripada minggu lepas mungkin kerana Farrah dan Ayob terlampau banyak makan pada Hari Raya Qurban yang lalu hingga perkara begitu boleh berlaku. Nasib baiklah aku yang terjumpa kura-kura gunung di ketinggian 2000 kaki di atas Kem Pacat, jika Nathan yang terjumpa nescaya kura-kura tersebut itu akan dibawa berjumpa Tok Sami Batu Caves untuk menurun nombor.-
Hanya seekor lembu yang menjadi qurban di kampung aku, yang sedihnya sudah kurang anak-anak muda menolong melapah daging kerana seorang dua orang tua suka sangat “mengajar” cara yang betul melapah daging. Kalau hendak diikutkan hati baran aku sudah lama tikam perut mereka biar mampus dan tidak berbuat dosa setiap tahun. Mahu sembelih ayam pun terhegeh-hegeh inikan mahu mengajar aku melapah daging, nasib baik Cikgu Zul selalu ada untuk melerai keadaan. Raya kali ini agak meriah terutamanya pada sebelah malam berbanding raya sebelumnya kerana aku dan Fadhil berpeluang menyaksikan pesta Mat Rempit dijalankan di hadapan BP hingga ke rumah TNB yang kebanyakannya diwakili oleh anak-anak peneroka Felda. Persiapan sebelum raya agak kelam kabut kerana Wak Saayeh mengadakan kenduri nikah anaknya pada malam Hari Raya, kadang-kadang terasa bengang juga dengan jiran yang tidak tahu menghormati “hak” jiran yang sedang sibuk menghadapi Hari Raya.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
8:09 AM
0
comments
