Pagi-pagi lagi Dr. Benette menghubungi aku mengenai masalah laporan perubatan yang di pulang semula untuk kakitangan Sg. Buloh, mungkin sudah nyanyuk ataupun dia sahaja mahu “bermanja” dengan aku kerana tiada “gerakan penyudah” dalam laporan perubatannya kali ini. Aku rasa sejak 3 minggu lepas pejabat aku mulai menjadi pusat BSKL yang kedua kerana harga saham agak stabil iaitu dari RM1.90 hingga RM2.01 hingga semalam membuatkan ramai yang mengambil kesempatan menjual saham yang ada. Ramai yang menasihatkan aku supaya jangan tamak kerana tidak menjual lagi saham yang ada kerana harganya mungkin akan menjunam selepas Tahun Baru Cina. Tetapi siapa yang dapat memberi kepastian kepada aku bahawa saham tidak akan naik hingga RM3.00 dalam masa 12 purnama? Mengikut budaya orang Yahudi sebenarnya orang tamaklah yang selalu untung lagipun jika harga turun aku masih tiada kehilangan apa-apa kerana tidak mengeluarkan sebarang modal.
No comments:
Post a Comment