Sudah masuk hari ketiga larian 30km berlalu namun kekejangan otot secara tiba-tiba masih berlaku jika terlampau lama duduk ataupun menunggang motorsikal walaupun sebenarnya mungkin boleh pulih dengan segera dengan pengambilan dadah “celebrex” yang memang sangat di elak. Selepas mesyuarat BCP yang lepas Azam boleh bercakap begitu gaban dengan sesiapa sahaja sekarang ini walaupun soalan-soalan maut daripada Nadia pengaudit Ernest & Young. Aku rasa mungkin dialah “protégé” yang disebut-sebut akan menggantikan Datuk Ibrahim Ali agaknya. Hingga semalam Nadia masih belum mampu mencari “kesalahan-kesalahan” yang di buat oleh Azam dan Fadhli, di kala itu aku rasakan mereka berdua begitu “maksum” tetapi memikirkan sebelum ini mereka banyak kali gagal sebenarnya hingga pernah ditegur dalam blog ini, maka aku anggap Nadia sebenarnya telah menjumpai segala kesalahan tersebut namun menyimpannya di dalam hati kerana khuathir mereka akan dikenakan tindakan tatatertib. Sebagai memenuhi tanggungjawab sosial aku mengajak Nadia makan tengahari bersama kami walaupun dia pada mulanya agak segan mungkin kerana muka aku yang macam baru keluar dari Pusat Serenti ataupun suara-suara ifrit yang kedengaran di sekelilingnya supaya berhati-hati dengan “ulat bulu”.
No comments:
Post a Comment