Pagi ini di Hospital Sg. Buloh seramai 11 pembantu wad kemasukan pertama akan memulakan latihan dan 11 lagi pembantu wad pada kemasukan kedua jumaat ini kerana bahagian pesakit dalam hospital ini akan beroperasi sepenuhnya pada awal Febuari ini. Hospital Sg. Buloh ini banyak mengorbankan masa aku kerana kakitangan Sumber Manusia yang sepatutnya bekerja di situ masih belum “dijumpai” sejak jumaat lalu. Bila aku mempunyai rutin harian yang sibuk tetapi diganggu dengan kerja-kerja penyudah yang bangang bolehlah dianggap seperti mengganggu anak harimau yang sedang menyusu. Aku harap hari ini tiada siapa yang perlu masuk hospital kerana sakit jantung ataupun darah tinggi jika tidak aku sendiri yang akan menghantar bunga tersebut sebagai tanda “kasih” anak harimau. Masalah penyudah yang bangang itu sudah pun diselesaikan dengan campur tangan pihak ketiga, terasa sedikit kasihan juga aku pada orang tua itu entah-entah sekarang perutnya sudah kembung menelan “atenolol” untuk merendahkan tekanan darahnya.
No comments:
Post a Comment