Monday, January 08, 2007

Kalau setakat Encik Yusuf, Zainal dan Rajan yang gagal menghadirkan diri tidaklah memberi apa-apa kesan kepada program di Bukit Gasing sabtu lepas kerana aku sudah mendapat kesudian daripada tiga biadari yang menemankan aku iaitu Farrah, Marsha dan Rozel. Dan di dalam hati kecilku aku juga berharap Zafrul dan Ayob juga tidak menghadirkan diri untuk memudahkan aku menjadi playboy seperti mentorku Zubir. Program yang bermula pada jam 7.45 pagi ini berjalan dengan baik dan berjaya ditamatkan pada pukul 11.00 pagi cuma kasihan sedikit kepada Rozel yang sedikit semput selepas perjalanan “canopy walk”. Sejurus turun daripada Bukit Gasing, Shida mengajak aku bermain boling di Cosmic Bowling Mid Valley dan sebagai lelaki budiman aku tidak mampu menyekat dia daripada “membelasah” aku yang mendapat mata tidak sampai pun 50. Rasanya hingga tujuh keturunan kucing pun aku tidak mampu menanggung kemaluan yang amat sangat. Mahu sahaja aku menutup muka seperti Zorro semasa membaling bola tersebut supaya tidak dikenali oleh Shida. Sebelah malamnya pula aku dikejutkan dengan panggilan daripada Aida yang mengajak aku minum di Syed Bangsar. Rasanya sudah 5 purnama aku tidak berjumpa dengannya semenjak pemergiannya ke negara Uncle Sam. Ternyata banyak sungguh susut badannya berbanding dulu tetapi masih lagi comel seperti Farrah. Aku tidak faham-faham sampai sekarang kenapalah dia yang dilahirkan dua bulan awal daripada aku tidak berhenti-henti menyuruh aku mencari jodoh walhal dia sendiri pun belum berkahwin hingga sekarang.

2 comments:

Anonymous said...

itu tandanya dia sedang berkias dengan awak.

Anonymous said...

itu tandanya dia sedang berkias dengan awak.