Suhu pada pukul 6 pagi di Jalan Traves sudah pun meningkat 3 darjah celcius daripada kebiasaannya iaitu 23 darjah celcius. Mungkin itu satu petanda baik untuk aku ke Korbu sekurang-kurangnya masalah hujan lebat dapat dielakkan terutama sewaktu memasak. Harga saham juga sudah semakin stabil semalam yang hanya bermain sekitar RM2.19 hingga RM2.26 ini memudahkan aku untuk menjualnya pada bila-bila masa jika mendapat peluang kerja di tempat lain. Mungkin Azam patut meminta pertolongan Doraemon demi mencari mesin masa untuk kembali ke belakang membatalkan penjualan sahamnya. Mak angkat aku pula sudah 2-3 hari asyik membebel tentang kereta yang di tinggalkan oleh tuannya menghadang parkir Presiden Persatuan Penduduk Vista Angkasa kononnya kelihatan semak mata memandang. Mengikut siasatan tidak rasmi, kereta Iswara ini sudah hampir dua minggu ditinggalkan kerana tuannya telah ditangkap oleh polis berpakaian preman ketika melakukan “urusan” di bawah apartment aku.
No comments:
Post a Comment