Monday, January 29, 2007

Sabtu lalu dengan berbekalkan modal sebanyak RM18.80 aku, Ayob dan Zafrul menerima jemputan Farrah ke Gunung Angsi yang terletak berhampiran kawasan perkelahan Ulu Bendul. Entah kenapa Zafrul agak bertolak ansur dari segi masa kali ini melayan karenah aku yang mahu bersarapan pagi dahulu kerana terlalu lapar jika sebelum ini mungkin sudah kena tinggal agaknya. Perjalanan ke puncak setinggi 2702 kaki itu banyak menyusuri sungai yang cantik mengingatkan aku kecantikan Ledang. Aku rasa Nuang juga sepatutnya secantik Angsi jika tiada sampah yang bertaburan. Angsi mempunyai laluan yang agak sukar juga kerana terpaksa membuang masa yang agak lama memanjat tebing menggunakan tali walaupun masa yang diambil untuk sampai ke puncak cuma dalam masa 2 jam 4 minit. Angsi sangatlah sesuai sebagai pusat latihan untuk orang seperti Azam yang selalu kalah di pertandingan akhir bagi menguatkan staminanya yang kurang akibat memakan sotong setiap hari atas alasan lauk lain sudah kehabisan.
-
Sepatutnya Gunung Semut lebih sesuai nama untuk gunung ini kerana hampir setiap 20 langkah kita akan berjumpa dengan semut hitam yang begitu banyak. Aku tidak pasti Farrah berjalan pantas meninggalkan aku sambil membelai rambutnya yang mengerbang kerana mahu mengelakkan dahan yang jatuh akibat angin yang sangat kuat ataupun sengaja mahu membalas dendam dendam terhadap aku. Setakat ini Farrah cuma memaafkan aku sebanyak 85 peratus walaupun aku menyediakan masakan nasi impit, kari ayam, sambal ikan bilis dan teh “o” di puncak Angsi yang merupakan menu yang paling gaban setakat ini. Dalam perjalanan pulang kami telah ditemukan dengan Datuk Khalid Yunus yang peramah yang datang perlatih untuk sirkit di tempat yang sama minggu depan. Perjalanan ke Angsi juga telah mendedahkan kepada aku bahawa masalah sakit lutut masih menghantui aku terutama sewaktu perjalanan turun.

1 comment:

Anonymous said...

haha! ok ok i maafkan u 86% la sebab kesiannnnnn....

wafi, for real and bukan sebab i jeles dgn kegabanan u, better take care of your lutut sebab u nak pakai lama lutut u tu. nanti u takde, serius tak best. ye?