Wednesday, January 31, 2007

Akhirnya suatu debat tentang penulis blog di debatkan di kaca tv semalam melalui siaran tv9 oleh Dr. Agus. Daripada perdebatan itu dapatlah dibuat rumusan bahawa aku termasuk di dalam kumpulan penulis blog yang bertanggungjawab kerana berani menggunakan nama sebenar dalam menulis setanding dengan Jeff Ooi dan A. Kadir Jasin walaupun setiap hari aku membelasah Azam dan mungkin akan menerima tindakan undang-undang jika Azam melakukan aduan di balai polis berhampiran.
-
Seharian semalam aku tidak dapat melihat pasaran saham kerana sambungan ke internet tidak berfungsi dengan baik. Mujur ada Pak Su yang mengajar aku cara-cara untuk "membetulkan" sambungan tersebut kerana kalau hendak di harapkan Azam dan Fadhli, alamatnya sempatlah aku bertunang untuk kali kedua barulah di perbaiki agaknya. Komputer baru aku yang sepatutnya sampai bersama perisian Kaizen HR pun masih tidak nampak kotaknya, mana tidaknya jika Azam asyik mengambil cuti kecemasan menghadiri temuduga terbuka di serata Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, begitu juga apa kurang si Fadhli yang asyik pergi ke merata cawangan menggunakan motosikal untuk tujuan tuntutan perjalanan teksi.
-
Sudah 2 hari Nik Shafini asyik menayangkan telefon bimbit Motorola L7 yang baru dibeli ini bermakna sudah empat orang di sini memakai model yang sama. Ini menunjukkan model ini jauh lebih baik daripada model cap Ayam kepunyaan Pak Su. Encik Yusuf sudahpun menukar jenama telefon bimbitnya kepada jenama Hewlett Packard kerana kononnya boleh melakukan urusan “pelbagai fungsi”. Aku lihat dia masih terkial-kial menggunakan “pelbagai fungsi” tersebut dan setakat hari ini fungsi panggilan dan penghantaran sms sahaja yang baru diguna. Pertukaran jadual perjalanan ke Korbu yang dipercepatkan membuatkan agak sedikit tergesa-gesa membeli barang keperluan yang masih tidak mencukupi sukatan makanan untuk 12 orang bagi selama 4 hari. Semuanya harus di ukur dengan tepat supaya tiada barang yang lebih perlu di bawa turun dan tiada pula yang kebuluran, walaupun terpaksa menjadi “chef gila” dengan mengadakan latihan memasak di rumah.

1 comment:

Anonymous said...

Untuk pengetahuan cik Wafi, Internet access ke BSKL menghadapi
heavy traffic yang tinggi disebabkan peningkatan pelaburan di dalam Bursa Malaysia( Biasalah free real time ). Sebagi pelabur diharapkan Encik Wafi melanggan terus perisian daripada BSKL untuk mendapatkan access yang lebih baik.

IT Administrator
Faber Group Bhd