Wednesday, January 03, 2007

Kali ke sepuluh


Kelmarin aku menerima notis pendek untuk ke Nuang daripada Farrah, walaupun aku amat bersetuju tetapi secara jujurnya hati aku berat untuk pergi kerana Ayob juga dijemput sama untuk tujuan tersebut. Bila difikirkan kembali jika aku pergi berdua sahaja dengan Farrah samalah umpama aku pulang dari pasar membeli ikan kembung kemudian menyuruh boy kucing Makcik Mah menghantarnya ke dapur. Semalam merupakan pendakian kali kesepuluh ke Nuang dengan catatan masa lewat setengah jam daripada minggu lepas mungkin kerana Farrah dan Ayob terlampau banyak makan pada Hari Raya Qurban yang lalu hingga perkara begitu boleh berlaku. Nasib baiklah aku yang terjumpa kura-kura gunung di ketinggian 2000 kaki di atas Kem Pacat, jika Nathan yang terjumpa nescaya kura-kura tersebut itu akan dibawa berjumpa Tok Sami Batu Caves untuk menurun nombor.
-
Hanya seekor lembu yang menjadi qurban di kampung aku, yang sedihnya sudah kurang anak-anak muda menolong melapah daging kerana seorang dua orang tua suka sangat “mengajar” cara yang betul melapah daging. Kalau hendak diikutkan hati baran aku sudah lama tikam perut mereka biar mampus dan tidak berbuat dosa setiap tahun. Mahu sembelih ayam pun terhegeh-hegeh inikan mahu mengajar aku melapah daging, nasib baik Cikgu Zul selalu ada untuk melerai keadaan. Raya kali ini agak meriah terutamanya pada sebelah malam berbanding raya sebelumnya kerana aku dan Fadhil berpeluang menyaksikan pesta Mat Rempit dijalankan di hadapan BP hingga ke rumah TNB yang kebanyakannya diwakili oleh anak-anak peneroka Felda. Persiapan sebelum raya agak kelam kabut kerana Wak Saayeh mengadakan kenduri nikah anaknya pada malam Hari Raya, kadang-kadang terasa bengang juga dengan jiran yang tidak tahu menghormati “hak” jiran yang sedang sibuk menghadapi Hari Raya.

No comments: