Banyak yang telah berubah pada tahun 2007, bas Rapid KL ke Taman Desa yang biasa memulakan operasinya dari stesen KL-Klang telah berpindah ke KL Sentral dengan menurunkan tambang kepada RM 1.00 untuk pergi dan balik. Akhirnya semalam aku berjaya membuang masa selama dua hari manusia degil seperti Syafie apabila aku sekali lagi menganjak resumenya hingga ke petang membuatkan dia “terasa hati” hingga pulang dengan tangan kosong. Seharian jugalah aku mengayat Makcik Esah emak saudara kepada Nurul Fadilah yang tinggal di Banting itu sementara membuat kerja-kerja lain. Namun yang cukup mengecewakan ramai yang datang dengan tangan kosong tanpa membawa apa-apa sijil ataupun surat “testimony” untuk disandarkan dengan alasan mereka mempunyai pengalaman yang cukup gaban, agaknya mereka ingat mereka akan bekerja dengan syarikat Cap Ayam. Dengan pemerhatian selama dua hari dapatlah dibuat kesimpulan bahawa di kafetaria kami, sambal petai ikan bilis adalah yang paling sedap, Chef Salina adalah yang paling lawa, juruwang shif petang adalah yang paling comel. Calon-calon temuduga iaitu Siti Solehah yang paling manja, Nurul Fadillah yang paling lembut dan comel serta Syafie adalah yang paling bangang kerana mencari pasal dengan aku.
1 comment:
weyyy..insaf laa. Bila hang nak bertukar jadi mata duitan ni...dah lama dah dok jadi mata keranjang..lawa comel manja semua tu cuma mata hang ja yang nampak..sekian terima kaseh
Post a Comment