Pagi ini lebuhraya persekutuan dari Seremban ke Kuala Lumpur benar-benar sesak kerana sebuah Myvi yang dilanggar oleh sebuah kontena namun tiada kemalangan jiwa berlaku. Maka mudahlah kakitangan memberi alasan datang lambat walaupun memang hari-hari datang lambat atau lagi teruk mereka tidak menggunakan pun jalan tersebut. Namun orang itu bukanlah Azam, Syahril mahupun Fadhli jika tidak sudah lama "surat cinta" itu sampai di meja mereka. Ruangan iklan jawatan kosong muka 15 di KOSMO kelmarin cukup membuatkan aku hampir-hampir mustahil untuk melakukan "nature call" semalam kerana terpaksa melayan deringan telefon yang tidak pernah berhenti. Aku selalu memandang rendah pada tabloid ini yang rupanya kemampuannya menarik pembaca rasanya lebih banyak daripada induknya iaitu Utusan Malaysia. Ini kerana iklan yang di keluarkan jumaat lalu di Utusan Malaysia hanya mampu menarik tidak sampai sepuluh orang pun untuk menghubungi aku berbanding semalam.
No comments:
Post a Comment