Thursday, January 18, 2007

Lama juga anonymous yang memang tidak dikenali tidak bersuara dalam blog ini mungkin sudah empat purnama rasanya, sayang juga rupanya dia pada aku. Pertanyaannya tentang siapa langit dan bumi dan idea yang “tidak sudah” sebenarnya hanya menyuruh saya bercerita lanjut tentang Aida. Namun yang aku rasa bengang sangat hingga mahu membelanja teh ais orang itu ialah anonymous yang sangat dikenali yang membelasah aku tidak kahwin-kahwin kerana mempunyai perspektif yang salah. Untuk memudahkan cerita sejak azali lagi Aida telah menganggap aku cuma sebagai adiknya, tentang langit dan bumi itu cuma melambangkan perangai kami yang jauh berbeza di mana Aida tidak berhenti-henti bercakap dan aku sebaliknya serta bermacam lagi. Rasanya ciri-ciri lengkap-melengkapi atau sebagai perlambangannya asam yang digunakan untuk memerap ikan tiada di antara kami tetapi tidak mustahil kami bertemu dalam kuali akhirnya.
-
Sebenarnya sebab aku tidak berkahwin bukannya kerana perspektif yang salah cuma mengikut kata Azam ia cuma soal nasib dan rezeki yang ditentukan oleh Yang Maha Esa janganlah sekali-kali kita mempertikaikannya. Mungkin anda terlena semasa menghadiri kursus kahwin dulu ataupun terpaksa menghadiri kursus tersebut kerana dipaksa oleh tunang agaknya, mungkin anda boleh pulang ke rumah rujuk semula modul 7 kursus kahwin tersebut itupun jika belum dijual kepada “paper lama”. Selepas ini mesti soalan yang paling mudah di jawab di planet bumi akan ditanya iaitu kenapa tidak berkahwin-kahwin kerana nabi tidak akan mengaku umat jika tidak berkahwin yang merupakan sunnahnya. Inilah masalah bangsaku yang suka belajar “tidak habis” semata-mata kerana mahu mengenakan kawan-kawan. Sebenarnya hadis penuh tersebut nabi menyuruh umatnya menjalankan tiga sunnahnya iaitu bermula dengan solat sunat, puasa sunat dan berkahwin. Jika ada masa bolehlah anda belajar daripada Azam yang di dalam kepalanya semak dengan kata-kata mutiara Dr. Fadzilah Kamsah sebelum dia bekerja di tempat lain kerana pagi ini mengikut kata Fadzli dia menghadiri temuduga lagi.

No comments: