Hari ini nama aku keluar lagi dalam suratkhabar Utusan Malaysia dan yang pasti bukanlah kerana berita aku ditangkap kerana mengskodeng di Vista Angkasa ataupun di Taratak Muhibbah tetapi untuk kekosongan 17 jawatan di Ampang dan Sg. Buloh, ini bermakna hidup aku akan huru-hara untuk seminggu dua ini. Syahrillah yang paling sibuk setiap kali awal tahun kerana terpaksa mengarang esei untuk dimasukkan “PMS” 2006. Dari pagi hingga ke petang semalam dan kelmarin esei itu belumpun mampu disiapkan sepenuhnya bila disiasat rupanya dia tidak mampu mengatasi kegabanan seorang makhluk itu yang sanggup mengampu mengangkat peti ais dua pintu bosnya. Kalau setakat mengangkat dan mencuri kotak untuk bos seperti yang dilakukan oleh Azam itu masih mampu ditandingi menurut Syahril namun jika peti ais dua pintu musnahlah harapan dia. Semua itu dilakukan oleh makhluk tersebut demi untuk dimasukkan dalam “PMS” 2006 moga-moga dinaikkan pangkat tahun ini dan makhluk tersebut sudah tentulah diri aku sendiri.
1 comment:
Bodek...jangan tak bodek!
Post a Comment