Wednesday, September 03, 2008
Saturday, August 30, 2008
Pemergian yang diredha
-
Jika dia terlantar sakit Faridlah yang akan menyiapkan makan minumnya, memicit-micit badannya atau apa sahaja yang menyenangkan dirinya. Jika Farid berada di rumah pada hujung minggu dia jugalah yang akan membawa dirinya bersarapan di kedai Mak Teh yang merupakan kedai minum kegemarannya sejak kecil lagi. Dia suka melihat anaknya seorang itu makan roti canai berkuahkan kari ikan dan meminum susu lembu segar hingga kadang-kadang berlemuih mulutnya dengan susu tersebut, sebenarnya perangai anaknya itu tidak ubah seperti perangai arwah suaminya. Anak-anaknya yang lain sudah sangat jarang pulang ke rumah, apatah lagi hendak membawanya ke tempat makan yang sudah tidak memenuhi citarasa mereka kini walhal itulah makanan kegemaran mereka sewaktu kecil. Jika pulang pun hanya bertanyakan tentang soal-soal pembahagian harta arwah kemudian mereka seperti cacing kepanasan hendak pulang ke rumah masing-masing dengan alasan terlampau sibuk.
***
Bertempat di tepi pantai yang berpasir putih tidak tercemar oleh sampah, di sebelah kanan menghadap laut terdapat timbunan batu karang yang besar dan bukit yang tinggi memutuskan pantai itu dengan daratan yang landai, manakala di sebelah kirinya pula hanyalah hutan sepanjang tiga kilometer di mana kadang-kadang terdapat laluan tikus di tanah persendirian itu untuk laluan pemancing datang ke situ.
-
“Hairan aku, kenapa kau berbaik dengan Shikin dimana bapanya kau anggap sebagai pembunuh ayah kau”? tegas Razlan. “Kenapa kau mencampuri urusan aku”? bentak Farid, suaranya agak meninggi. “Farid, negara kita ada undang-undang, jangan kau cuba menjadi hakim ke atas pembunuh ayah kau”. Razlan menyanggah. “Undang-undang hanya untuk golongan marhaen seperti aku, bukan untuk Dato’ Shakir walaupun semua orang tahu dengan bukti-bukti yang kukuh dia tetap terlepas dari tuduhan. Ini semua kerana dia mempunyai wang yang banyak untuk menyuap para hakim dan mengambil peguam yang hebat dengan mewujudkan prima facie dalam kes tersebut”. Farid berhujah lagi. “Beritahu aku apa yang pihak polis lakukan apabila konon-kononya wujudnya pihak ketiga dalam kes pembunuhan ayah aku hingga menimbulkan keraguan menyebabkan dia terlepas. Hingga sekarang polis masih belum mempunyai klu siapakah orang tersebut, biar aku beritahu kau sebenarnya tidak wujudpun orang tersebut.” sambung Farid.
-
“Lebih baik kau berhati-hati bercakap Farid!” marah Razlan. Farid tersenyum, dia memandang sedalam-dalamnya anak mata Razlan yang sedang marah. Nampaknya dia sudah menjolok sarang tebuan yang sudah lama selesa bertapa. “Jika begitu kita adalah musuh pada hari ini, maka kita berpegang pada sumpah keramat kita yang baru bahawa kau teruskan dengan kerja kau dan aku meneruskan urusanku sendiri.” ujar Farid dengan suara yang meninggi dengan renungan yang dalam. Kali ini tanpa bersalam Farid meninggalkan kawasan tersebut, caranya berjalan pulang sangat yakin dengan matlamatnya, itulah yang membuatkan Razlan resah kerana Farid merupakan satu-satunya ahli perguruan mereka yang sangat mahir dengan pertempuran tangan kosong. Walaupun Farid hanyalah seorang pengamal ilmu persilatan biasa, Farid pernah mengkeronyok seorang guru silat yang mengatakan cara menumbuknya tidak betul, mujur Pak Ngah yang berada di situ menunjukkan isyarat berhenti jika tidak sudah lama dia meringkuk dalam penjara.
***
Adakah ini suratan atau kebetulan? Kenapa perlu aku mencintai anak kepada pembunuh ayahku? Ahhh… semak kepalaku!!! monolog Farid. Farid mengimbas kembali bagaimana mereka bertemu dan jatuh cinta. Semuanya bermula dengan kemalangan di simpang tiga dimana dia melanggar belakang kereta Kelisa Shikin hingga terpelanting melepasi keretanya. Dia tidak boleh menyalahkannya kerana melakukan brek kecemasan kerana ia mempunyai asas yang kukuh kerana mengelak daripada melanggar pelajar sekolah yang tiba-tiba melintas. Dia terpaksa di kejarkan ke hospital untuk merawat kecederaan yang teruk pada muka dan tulang kaki kanannya yang patah. Selama seminggulah juga Shikin menjenguk dirinya setiap kali pulang dari pejabat hinggakan emaknya berkenan pula dengan Shikin.
-
Hubungan mereka tidak habis di situ, kerana sewaktu Farid berehat cuti sakit selama sebulan di rumah ibunya pasti Shikin akan menjenguk Farid setiap hujung minggu. Dia akan membawa Farid berjalan-jalan di tepi pantai dalam usaha fisioterapi terhadap kecederaan yang dihadapi. Selama itu Farid dan ibunya tidak pernah bertanyakan siapakah keluarga Shikin, paling-paling tidak Farid dan ibunya cuma bertanyakan adakah keluarganya tahu kedatangannya ke rumah mereka. Semuanya terbongkar apabila Shikin menjemput Farid ke rumahnya sempena menyambut hari lahirnya yang ke 25, merah padam muka Farid ketika itu menahan marah. Dato’ Shakir nampak tenang walaupun mengetahui Farid ialah anak kepada arwah Hj Zain yang kes kematiannya menjadi kontrovesi itu yang melibatkan dirinya.
-
Selepas malam itu, Farid tidak mengangkat telefon bimbitnya mahupun membalas pesanan ringkas dari Shikin. Hinggalah Shikin datang ke rumah sewanya mendapatkan penjelasan dari dirinya. Shikin datang dengan matanya yang merah membuatkan Farid yang penuh rasa amarah itu lembut hatinya. Tidak sampai hati dia mahu memarahi anak gadis yang baik itu hanya kerana kesalahan ayahnya. “Tidak mungkin daddy melakukannya, Kak Long kenal daddy.” ujarnya terisak-isak. Farid terdiam, dia mengesat air mata kekasihnya dengaan kedua belah ibu jarinya sambil merenung mukanya yang sentiasa memandang ke bawah. Baiklah, I akan siasat sedalam-dalamnya perkara ini. ujarnya ringkas. Please Farid jangan apa-apakan daddy, please!!! dia merayu. Farid dengan segera menggangguk dalam kepayahan.
***
Johan menghidupkan motor scramblernya lantas meninggalkan rumah Pak Ngah bersama-sama kepulan asap putih daripada ekzos motornya. Pak Ngah duduk termenung panjang di atas beranda rumahnya yang sudah agak usang yang dindingnya tanpa warna cat tetapi masih kukuh. Dia menghirup kopi yang dibuat oleh Mak Ngah sewaktu melayan Johan yang tidak dihabiskan lagi. Kenapa harus begini, dua anak muridku Razlan dan Farid bersumpah keramat bahawa mereka adalah musuh, adakah salah selama ini ajaranku? getus Pak Ngah sendirian.
-
Dia masih ingat lagi mereka berdua termasuk Johan akan disuruh menjadi ayam sabung jika menerima jemputan oleh mana-mana perguruan lain. Mereka bertiga tidak pernah mengecewakan walaupun kalah kerana yang pasti orang yang menjemput mereka pasti menerima habuan yang sepatutnya. Jika difikirkan kembali mereka berdua mempunyai asas yang kukuh dalam mempertahankan tindakan mereka. Razlan mempertahankan undang-undang manakala Farid mempertahankan maruah keluarganya. Terasa lewat malam mendatang kerana dia bertekad malam itu dia akan bermunajat kepada Alllah supaya dua muridnya itu bertaut kembali walau apapun yang berlaku.
***
Kelihatan sebuah Mercedes hitam diletakkan berhampiran pintu pagar kuil lama di atas bukit, kuil lama itu sangat tersergam dengan patung-patung haiwan memenuhi puncak bukit. Farid yang sudah berpeluh kerana berjonging dari bawah bukit berdiri betul-betul di hadapan kereta Mercedes tersebut seperti yang telah dijanjikan. Dato’ Shakir keluar dari keretanya lalu berjalan menghampiri Farid mengarah ke tebing bukit, dimana dari atas bukit ini juga boleh dilihat permandangan bandar yang sedang pesat membangun setelah 51 tahun merdeka.
-
“Uncle tahu hubungan Farid dengan Shikin selama ini.” Dato’ Shakir mula berbicara. “Cuma Uncle berdiam diri kerana tidak tahu sejauh mana ia boleh pergi kerana kontroversi yang berlaku. Sambungnya. Uncle restu hubungan Farid dengan Shikin selebihnya biarlah sahaja tuhan yang menentukannya.” Sambil mulutnya sekali-sekala menyedut paip tembakau dan menghembuskan asap. Semua orang melihat Uncle sebagai manusia yang jahat kerana sangat kejam dalam menjalankan bisnes hinggakan kematian ayahmu pun uncle dilibatkan sama. Secara jujur Uncle tidak berapa menyenangi dengan sifat pemurah ayahmu dalam menjalankan bisnes dan semua orang tahu hal itu, tapi adakah itu cukup untuk Uncle membunuh ayahmu? Soalnya. Uncle bukanlah orang baik tetapi Uncle tidak sekejam itu untuk menghalalkan nyawa kurniaan tuhan dicabut. Mungkin ini dapat menolong kamu, sambil Dato’ Shakir menyerahkan sampul surat berwarna coklat kepada Farid. Farid memegang sampul tersebut dengan kemas sambil memerhatikan Dato’ Shakir beredar dengan Mercedesnya.
***
Razlan duduk di dalam keretanya yang di letakkan di hadapan Kelab Malam Mawar Biru dengan bertujuan untuk memantau pergerakan suspek terbaru kes pembunuhan Hj Zain.
Razlan mendapat klu baru mengenai pembunuhan Hj. Zain setelah meneliti beberapa dokumen syarikat MASA Holdings terdapat beberapa nilai tender yang dikeluarkan berlebihan daripada biasa, itupun hanya disedari oleh Dato’ Shakir tiga hari lepas. Ahli lembaga pengarah tidak ambil pusing soal itu kerana sudah memberi kepercayaan kepada Shamir untuk menilai keupayaan kontraktor dan sebutharga yang diberikan. Shamir merupakan anak didik Hj. Zain dan juga merupakan anak saudaranya tiada siapapun akan menyangka dia akan terlibat dengan pembunuhan bapa saudaranya.
-
Tiba-tiba pelanggan kelab malam berebut-rebut keluar dan keadaan menjadi riuh rendah, Razlan dengan pantas cuba masuk ke kelab malam walaupun sukar kerana menyongsang arus. Keadaan kelab malam bersepah, kerusi, meja dan gelas bertaburan di atas lantai hanya tinggal dua orang pemuda yang sedang bertarung di bahagian penyediaan minuman. Muka dan baju mereka sudah berlumuran darah hingga sukar untuk mengenali mereka namun mereka masih gagah bertarung seperti itu adalah pertarungan yang perlu diakhiri dengan kematian sebagai penyelesaiannya. Razlan pasti yang sedang dihimpit kedinding itu adalah Farid kawan baiknya dan sudah pasti orang yang menghimpitnya adalah Shamir. Dia melepaskan satu das tembakan amaran, namun gagal menghentikan pertarungan tersebut. Shamir berjaya menjatuhkan Farid di atas lantai lantas mencapai botol arak menghentak kepala Farid, pecah botol tadi dan Farid terkulai layu. Shamir masih tidak berpuas hati, ia menikam tepat jantung Farid dengan botol arak yang pecah tadi, dalam masa yang sama satu das tembakan mengenai dada Shamir dan ia terus rebah. Razlan mendapatkan Farid dan memangku kepalanya, dadanya kelihatan berombak-ombak, Razlan mengambil vestnya menutup luka pada jantung Farid. “Bertahan” sayu suara Razlan. Tangan Farid cuba menarik bajunya seolah-olah cuba bercakap sesuatu. Hanya terdengar perkataan maaf dari mulutnya.
***
Keadaan bilik di aras tiga sangat suram kerana ia adalah tempat dimana pesakit berada dalam kritikal, kelihatan dua orang pengawal keselamatan mengawal segala pergerakan keluar masuk pelawat. Razlan dan Johan sedang menunggu di ruang menunggu menantikan Makcik Kiah dan Shikin tiba. Sejurus tiba mereka bersalaman dan meminta Mak Kiah dan Shikin mendaftarkan nama mereka di meja pengawal dan terus dibenarkan masuk, hanya dua pelawat sahaja dibenarkan masuk setiap masa itupun cuma orang dewasa.
-
Makcik Kiah menolak daun pintu bilik kecemasan tempat Farid di tempatkan, luluh hatinya bila melihatkan anak lelakinya yang dibelainya dari tapak kakinya sebesar dua jari di pasang pelbagai wayar di seluruh badannya. Perlahan-lahan ia menyelak kain yang menyelimuti kaki anaknya, kelihatan tapak kakinya sudah menurun menandakan malaikat maut akan menjemputnya bila-bila masa dengan kuasa tuhan. Makcik Kiah merapatkan mulutnya ke telinga Farid sambil berbisik, “mak dah ampunkan semua dosa Farid pada mak, mak tidak pernah menyesal melahirkan Farid. Farid adalah perkara paling agung yang dicipta oleh tuhan untuk mak, mak bangga dengan Farid kerana berjaya mempertahankan maruah keluarga kita, jika boleh mak mahu melahirkan sepuluh Farid di dunia ini”. Shikin yang menemani Makcik Kiah menangis terisak-isak melihatkan keadaan Farid yang sudah semakin tenat. Allahhh!!! lafaz kalimah agung itu diucapkan oleh Farid sebelum dadanya berhenti berombak, dan tangannya semakin lemah memegang tangan Makcik Kiah. Pandangan Shikin dirasakan amat gelap apabila melihatkan denyutan nadi Farid sudah mendatar di skrin, Makcik Kiah menyambut Shikin yang hampir rebah lalu didudukkannya di atas kerusi.
Maswafi bin Abd Samat
Raja Melewar
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
11:50 AM
3
comments
Labels: Cerpen
Bosan betul menghadapi hari yang kita tidak dapat melakukan apa-apa aktiviti luar di hari cuti. Menonton CD movie dari malam hingga ke pagi pun masih terasa bosan dan ada sahaja yang tidak kena. Sudah menjadi sifat aku, aku terpaksa keluar juga melakukan aktiviti luar. Oleh kerana aku tidak dapat memanaskan badan aku yang masih lemah, aku cuma memanaskan Panther aku di sekitar Jalan Penghulu Cantik supaya dia pula tidak ditimpa sakit. Sakit pada gusi yang dibedah kelmarin masih terasa dan aku masih teringat-ingat bagaimana geraham bongsu itu terpaksa dikeluarkan dalam masa sejam barulah padan muka aku.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
11:34 AM
1 comments
Thursday, August 28, 2008
Sudah masuk hari ke empat aku bermurung di atas katil, badan aku sentiasa panas dan kadang-kala sakit kepala datang menyerang. Itulah akibatnya jika tidak mempunyai persediaan yang rapi untuk memasuki pertandingan marathon hinggakan aku terpaksa melupakan sahaja segala pertandingan yang berlangsung untuk tempoh sebulan untuk memastikan segalanya kembali pulih. Dengan catatan 1 jam 57 minit, aku berjaya mendapat tempat ke 52 untuk Seremban Half Marathon pada ahad lepas cukup untuk meletakkan diri aku kembali kepada kedudukan 100 terbaik. Itupun aku terpaksa berhempas pulas tidak seperti kebiasaaannya dan tekak pula sentiasa kering sepanjang larian. Suasana sangat meriah dimana semua peserta mendapat hadiah cabutan bertuah, pelbagai program di atur supaya penonton tidak jemu dan kedatangan Yang Di Pertuan Besar sebagai perasmi. Disepanjang trek larian mereka menyediakan tiga stesen air, dua stesen span air, pasukan pertolongan cemas, penunjuk arah, dan penunjuk kilometer. Secara keseluruhannya aku memberikan 4.5 bintang kepada pihak penganjur kerana usaha mereka namun aku kecewa dengan sikap pemandu di Seremban yang tidak “sporting” terhadap lalulintas seperti pemandu di KL.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
9:55 PM
0
comments
Labels: Larian
Saturday, August 23, 2008
Friday, August 22, 2008
Rumah teres Cikgu Azmi sudah tersergam indah betul-betul di hadapan rumah aku maka ia adalah berita baik kepada anak-anak kecil untuk menambah koleksi duit raya pada Syawal nanti. Angah pula baru dilantik menjadi ketua pemuda parti keris cawangan maka besarlah harapan aku untuk membalun duit pembayar cukai untuk melaksanakan pelbagai program yang difikirkan munasabah dengan dunia siber sekarang ini bukannya sekadar memenuhi takwin yang disediakan oleh parti.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
9:59 PM
3
comments
Sunday, August 17, 2008
Sumbangan Al-Zarqali kepada Tamadun Islam dan Dunia
PendahuluanNama sebenar beliau ialah Abu Ishaq Ibrahim ibn Yahya al-Zarqali dan lebih dikenali sebagai Arzachel di Eropah Latin dan Azarquiel di Andalusia dan Itali. Ia merupakan sarjana yang terkenal di Andalusia (sekarang dikenali sebagai Sepanyol) juga dikenali sebagai Al-Zarqalluh dan Al-Zarqallah. Dia dilahirkan pada tahun 1029 dan menghembuskan nafas terakhirnya pada 1087. Dia hidup disaat-saat kerajaan Islam Andalusia terpisah-pisah dan hampir runtuh di tangan tentera Kristian yang cuma diselamatkan oleh Ibn Tashfin dari Morocco yang menyeberangi Andalusia memerangi tentera Kristian di Zalaqa pada 1089. Sumbangan Ibn Tashfin dan kesinambungan daripada ketumbukan tentera Morocco telah meletakkan Andalusia di bawah pemerintahan Islam untuk selama dua abad kemudiannya sebelum jatuh kepada Kristian pada pertengahan abad ke tiga belas.
Kehidupan dan pencapaian Al-ZarqaliBidang astronomi dewasa ini dilihat seperti sudah tidak begitu penting sekarang ini hanya kerana kita senang mendapatkan kalendar dan masa yang tepat begitu juga untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat kita disediakan dengan peta yang sangat tepat. Sekarang ini kita mungkin tidak perlu tahu mengambil tahu “sun’s passage” yang ditandai oleh “equinoxes” (berhubung dengan waktu malam dan siang) dan “solstices” (berhubung dengan hari musim panas dan sejuk) kerana sudah tidak relevan dengan kehidupan moden kini. Namun itu sangat berbeza dengan Zaman Pertengahan (Medieval) seluruh kehidupan masyarakatnya bergantung penuh kepada astronomi dalam menentukan waktu membajak, menanam, menuai termasuklah dalam menentukan soal-soal hari perayaan agama mereka.
Sebelum membincangkan kenapa sumbangan Al-Zarqali sangat penting kepada tamadun Islam kita sebenarnya harus mengetahui bagaimana bidang astronomi sangat sinonim dengan agama Islam. Astronomi dan Islam tidak mungin dapat dipisahkan terutama dalam soal-soal perkara asas iaitu penentuan bulan hijrah, waktu solat dan arah kiblat.
Diceritakan oleh Barron Carra de Vaux bahawa beliau juga digelar sebagai “Al-Nekkach” kerana mampu mengukir besi. Beliau mampu menghasilkan pelbagai alat yang diperbuat daripada besi untuk ahli-ahli astronomi di Toledo pada tahun 1062 walaupun beliau bukanlah ahli astronomi, di mana usaha pemantauan astronomi disaat itu dimulakan oleh Yahya Bin Abi Mansur. Setelah sekian lama beliau menarik perhatian para ahli astronomi yang lain kerana dengan pengetahuan yang sedikit, tidak pernah mempelajari sains mahupun buku mengenainya tetapi mampu menyiapkan peralatan astronomi. Dua tahun kemudian dia menjadi ahli astronomi dan kemudiannya menjadi ketua kepada sesebuah kumpulan ahli astronomi. Namun beliau tetap membuat peralatan untuk ahli astronomi yang lain dan telah mula mencipta peralatan astronomi untuk dirinya sendiri. Malah beliau turut mengajar gurunya yang kemudiannya menjadi pengikutnya dalam ukuran yang telah diciptanya.
Mengikut Ahmad Thomson jam ini mempunyai dua bekas air yang mana akan terisi air ataupun kosong mengikut keadaan bulan sabit mahupun bulan penuh. Jika bulan penuh kedua-dua bekas ini akan penuh dan mula berkurangan selepas 15 haribulan dan akan kosong sepenuhnya apabila mencecah ke malam 29.
Sebenarnya itu bukanlah satu-satunya ciptaan beliau, yang paling menarik perhatian ialah ciptaan yang paling canggih dan tepat iaitu “astrolabe” mendatar. Ciptaan beliau yang disertakan penulisan panduan penggunaannya dinamakan al-Safiha al-Zarqaliya dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah astronomi untuk semua laltitud dan termasuk juga koordinasi 29 bintang juga ditandakan dan juga mampu memantau pergerakan matahari.
Ciptaan beliau ini telah menarik beberapa tokoh dunia selepasnya seperti Raja Alfonso dan Regiomontanus untuk menggunakannya dan mengkaji ciptaan beliau hingga panduan penggunaannya dialih ke beberapa bahasa seperti latin dan roman-sepanyol.
Seperti sarjana Islam yang lain beliau juga dapat membetulkan teori orang Greek yang sekali lagi menafikan sains Islam adalah bayangan dari Greek. Plotemy melalui kiraannya menganggarkan bahawa jarak laut Mediterranean adalah 62º namun kemudian dibetulkan oleh al-Kwarizmi kepada 52 º manakala pembetulan oleh al-Zarqali memberikan bacaan yang paling tepat iaitu 42º.
Beliau telah berjaya mencipta “Toledan Table” yang mana telah bertanggungjawab untuk memberi nafas baru kepada para astronomi kerana berjaya menjadikan kenyataan untuk memposisikan sistem planet-planet secara berkomputer pada zamannya pada bila-bila masa semasa cerapan dijalankan. Beliau kemudiannya telah menyunting jadual yang telah dihasilkan beliau di balai cerap beliau di Toledo, Andalusia, juga jadual-jadual lain yang terhasil dari para astronomi lain dari kalangan Islam mahupun bukan Islam.
Beliau juga adalah orang yang pertama menjelaskan secara terperinci tentang pergerakan matahari yang menjauhi bumi (aprehelion) yang mana jaraknya yang terjauh dari bumi sebanyak 12.0 saat per/tahun dan melalui kaedah kajian moden jarak yang sebenarnya ialah 11.8 saat per/tahun. Kajian-kajian yang dibuat beliau telah menjadi rujukan oleh Nicolaus Copernicus dalam mentafsirkan matahari sebagai pusat sistem solar dalam tesisnya”De Revolutionibus Orbium Celestium”
Kesimpulan
Secara umumnya, pengaruh Islam di Andalusia merupakan tempat yang paling utama bagi Eropah dalam menyerap peradaban Islam terutamanya dalam khazanah ilmu pengetahuan astronomi. Masyarakat Eropah juga menyaksikan kenyataan bahawa Andalusia berada di bawah kekuasaan Islam jauh meninggalkan negara-negara tetangganya Eropah, terutama dalam bidang pemikiran dan sains disamping bangunan fizik.
Pengaruh ilmu pengetahuan Islam atas Eropah telah menimbulkan gerakan kebangkitan kembali (renaissance) pusaka Yunani di Eropah pada abad ke-14 M. Berkembangnya pemikiran Yunani di Eropah adalah melalui terjemahan-terjemahan Arab yang dipelajari dan kemudian diterjemahkan kembali ke dalam bahasa Latin.
Walaupun Islam akhirnya terusir dari negeri Andalusia dengan cara yang sangat kejam, tetapi ia telah mempengaruhi gerakan-gerakan penting di Eropah. Gerakan-gerakan itu adalah: kebangkitan kembali kebudayaan Yunani klasik (renaissance) pada abad ke-14 M yang bermula di Itali, gerakan reformasi pada abad ke-16 M, rasionalisme pada abad ke-17 M, dan pencerahan pada abad ke-18 M.
Rujukan
http://www.daviddarling.info
http://www.islamicity.com/
http://www.islamicspain.tv
http://www.muslimheritage.com
http://www.salaam.co.uk/
http://www.sfusd.edu/
http://www.unhas.ac.id
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
9:18 PM
4
comments
Labels: Ilmuan
Latihan Bebanan
1. Intensiti
2. tempoh ulangan
3. ulangan
Objektif :
a. Membina daya tahan dan kekuatan otot
b. Membina dan meningkatkan kekuatan dan kuasa otot kaki
Sistem Tenaga :
1. Membina daya tahan dan kekuatan otot
2. Membina dan meninggatkan kekuatan dan kuasa otot kaki
Kekerapan :
1 kali seminggu
Rasional memilih latihan bebanan
· Kaedah latihan akan membantu meningkatkan kekuatan mutlak dan kekuatan eksplosif atlit.
Prinsip-prinsip latihan bebanan
1. Kekuatan otot terbina melalui latihan-latihan yang tinggi intensiti iaitu ulangan perlu dibuat 8 hingga 10 kali dengan beban 60 % daripada keupayaan maksima
2. Daya tahan pula dapat dibina melalui ulangan yang banyak dengan beban yang kurang.Ulangan yang disyorkan ialah 10 hingga 15 kali dengan beban antara 50 – 60 %
3. Kelenturan dapat dibina melalui aktiviti meregang atau ‘overstretching’ sendi secara perlahan.Oleh yang demikian akitviti yang dipilih dilakukan dengan perlahan dan pergerakan otot / sendi yang maksima.
Aktiviti yang di cadangkan:
1. Bench Press
2. Leg press
3. Pull down
4. Leg Extension
5. Sit Ups
6. Running
7. Leg curls
8. Step Ups
9. Calf Raises
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
9:15 PM
2
comments
Labels: Sains Sukan
Latihan Litar
Mengikut Fox dan Mathews (1984), latihan litar merupakan satu program latihan yang melibatkan stesen-stesen tertentu dan dilakukan dalam jangka masa yang ditentukan. Satu litar yang telah dilakukan jika pelaku telah melakukan semua aktiviti yang dirancang. Latihan ini adalah sejenis latihan di mana peserta melakukan beberapa aktiviti secara bersiri atau dalam satu litar.
Morgan dan Adamson(1961), telah mengenalpasti bahawa pelaksanaan latihan litar ini adalah untuk peningkatan kekuatan, daya tahan otot, dan kardiovaskular, kelembutan, ketangkasan, koordinasi dan kederasan.
Objektif :
a. Untuk meningkatkan daya tahan otot.
b. Untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular
c. Untuk meningkatkan dan melatih keupayaan aerobik dan anaerobik
d. Untuk meningkatkan kederasan mobiliti dan kuasa.
Sistem Tenaga :
1. ATP – PC(lebihan dominan)
2. Asid Laktik – Oksigen
Prinsip-prinsip latihan Litar :
Prinsip-prinsip latihan litar adalah berdasarkan peningkatan beban kerja(overload principle). Ini dapat dilakukan melalui :
a. Kawalan untensiti latihan
b. Meningkatkan secara beransur-ansur jumlah ulangan
c. Menambahkan bilangan set
d. Meningkatkan jangka masa aktiviti.
Kekerapan latihan :
1. 2 kali seminggu untuk 4 minggu awal
2. 1 kali seminggu untuk 4 minggu akhir
Kaedah / Pengelolaan latihan :
a. Setiap aktiviti hendaklah didemonstrasikan terlebih dahulu
b. Perlaku perlu memanaskan badan terlebih dahulu
c. Setiap individu mesti melakukan aktiviti semua stesen yang ditetapkan
d. Setiap aktiviti dilakukan selama 30 saat
e. Masa rehat diberikan selama 30 saat di mana pelaku dikehendaki bertukar stesen yang berikut
f. Pelaku dikehendaki melakukan 2 set di mana tedapat masa rehat selama 3 minit atau kadar denyutan jantung kurang daripada 120 denyutan seminit.
Rasional Pemilihan latihan ini
a. Sesuai untuk meningkatkan kecergasan otot dan sistem kardiovaskular
b. Konsep keindividuan dalam latihan ini membolehkan atlit maju mengikut tahap kemampuan maksimum individu
c. Penilaian kesan latihan boleh dilakukan dari masa ke semasa dengan merujuk kepada beberapa pembolehubah :
· Masa pencapaian
· Denyutan nadi sejurus selepas setiap litar
· Masa pemulihan selepas setiap litar
· Intensity/beban karja yang dilakukan
Akttiviti-aktiviti latihan litar yang disyorkan
1. tekan tubi
2. lari ulang alik sejauh 10 meter
3. bangun tubi
4. lompat bintang
5. kilas pinggang
6. skipping
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
9:09 PM
0
comments
Labels: Sains Sukan
Latihan Jeda
Latihan jeda digunakan untuk meningkatkan kecergasan fizikal para atlit. Kajian terhadap latihan ini telah membuktikan bahawa latihan Jeda yang merupakan satu siri ulangan yang berintensiti tinggi dengan masa rehat yang tertentu di antara siri tersebut adalah cara yang paling baik dan efisien untuk meningkatkan tahap ambang anaerobik seseorang atlit.
Objektif Latihan Jeda
a. Meningkatkan daya tahan kardiovaskular
b. Meningkatkan tahap ambang anaerobik
c. Meningkatkan daya tahan otot
d. Meningkatkan kemahiran atlit
e. Meningkatkan ketangkasan, kelembutan,kekuatan dan koordinasi.
f. Meningkatkan keupayaan anaerobik
Sistem Tenaga :
1. ATP – PC dan asid laktik(lebihan dominan)
2. Asid Laktik dan Oksigen
Prinsip Latihan Jeda
a. Latihan berintensiti tinggi atau sub-maksima dengan jangka masa yang pendek akan menggunakan system tenaga ATP – PC.Untuk meningkatkan sistem tenaga anaerobik para atlit maka penggunaan cara latihan ini adalah perlu.
b. Latihan berintensiti rendah dengan jangka masa yang panjang akan menggunakan sistem tenaga asid laktik dan oksigen. Cara ini akan meningkatkan lagi sistem tenaga aerobik atlit.
c. Intensiti latihan untuk setiap atlit diberikan mengikut keupayaan individu.
d. Latihan yang digunakan perlu ada penetapan kecepatan pergerakan yang meliputi masa untuk menyudahkan jarak.jauh jarak yang akan disudahi dan jangkamasa untuk pemulihan.
e. Latihan Jeda menggunakan angkubah-angkubah yang berikut ini :
1. Kadar dan jarak intensiti kerja yang digunakan
2. Bilangan ulangan setiap waktu latihan
3. Masa pemulihan di antara setiap waktu latihan
4. Masa Pemulihan diantara setiap jeda kerja
5. Kekerapan jeda kerja
6. Kemampuan dan keperluan individu diberikan perhatian bila merancang program latihan jeda
Kaedah Prerlaksanaan
Latihan Jeda boleh dijalankan denagan mengambil kira angkubah berikut :
· Menentukan kadar dan jarak kerja
· Bilangan ulangan untuk setiap waktu latihan
· Menentukan masa rehat
· Kekerapan latihan
Latihan yang berintensiti tinggi dan dilakukan dalam masa yang singkat memerlukan masa rehat yang berlainan dengan latihan yang berintensiti rendah atau sederhana.
Fox dan Mathews berpendapat bahawa masa pemulihan boleh ditentukan dengan cara :
1. Degupan masa jantung sasaran semasa latihan (KNL)
2. Degupan jantung sasaran semasa rehat (KNR)
3. Nisbah kerja dan rehat
Aktiviti Latihan Jeda yang disyorkan :
Minggu 9-12
Skip dan run over hurdle (150 m-5 set)
Minggu 13-16
Skip dan run over hurdle (200 m, 250 m, 300 m dan 350 m-2 set)
Umum
a. Latihan Jeda adalah satu-satunya jenis latihan yang dapat memperbaiki dan meningkatkan potensi tenaga berbanding dengan jenis-jenis latihan suaian fizikal yang (Fox dan Mathew,1981). Oleh yang demikian latihan Jeda sesuai acara lari berpagar 110 meter yang menggunakan 98% sistem tenaga ATP – PC dan 2% sistem Asid Laktik.
b. Jurulatih dapat memanipulasikan kadar kerja,ulangan,jenis aktiviti semasa rehat dan kekerapan latihan dalam seminggu.
c. Latihan Jeda adalah pendekatan harian yang sistematik yang membolehkan seseorang itu memerhatikan kemajuan dengan mudah.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
9:04 PM
1 comments
Labels: Sains Sukan
Latihan Fartlek
Objektif :
a. Membina keupayaan aerobik dan anaerobik
b. Meningkatkan kepantasan
c. Meningkatkan daya taha kepantasan
Sistem Tenaga :
1. ATP – PC
2. Asid Laktik
3. Sistem Aerobik
Kekerapan latihan :
Seminggu 2 kali sepanjang sesi latihan kitaran mikro
Rasional pemilihan latihan ini
a. Meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan atlit
b. Dapat membina sistem aerobik dan anaerobik
c. Mengurangkan rasa jemu dengan menggunakan lokasi latihan yang berbeza dan berdasarkan kemampuan individu
d. Melambatkan proses kelesuan
e. Dapat menyesuaikan diri dalam bentuk-bentuk kemahiran yang lain,apabila latihan ini dijalankan
f. Mendedahkan elemen kepantasan dalam latihan memandangkan acara yang ditumpukan ialah 110 meter lari berpagar.
Aktiviti-aktiviti fartlek yang disyorkan
a. Berlari perlahan-lahan
b. Lari bergradien (naik bukit dan turun bukit)
c. Striding
d. Lari pecut
e. Berjalan
f. Bounding
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
8:58 PM
4
comments
Labels: Sains Sukan
Friday, August 15, 2008
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
5:22 PM
0
comments
Wednesday, August 13, 2008
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
4:01 PM
0
comments
Monday, August 11, 2008
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
3:57 PM
0
comments
Thursday, August 07, 2008
Sekarang ini semua orang asyik memperkatakan tentang betapa hampir 70% ambilan Julai telah dihantar bertugas ke Sabah dan Sarawak pada tiga hari lalu. Ia sesuatu yang hampir-hampir mustahil di saat kerajaan Khairy Jamaluddin kehabisan duit. Entah dimanalah agaknya kedudukan aku ini januari tahun depan mungkin ke Ulu Sugut, Ulu Samarahan ataupun Ulu Tembeling jika di hantar ke Pos Gedong ataupu Pos Brook sudah dikira bernasib baik.
-
Manakala dikalangan “runners” semuanya akan bercerita tentang marathon di Seremban yang akan berlangsung pada 24 Ogos 2008. Buat pertama kalinya aku menjadi pelari tuan rumah semenjak tinggal di sini dan memberi saingan kepada “runners” yang datang dari KL. Aku rasa mereka pun tidak sabar-sabar hendak mendengar dari mulut aku dalam kategori apakah yang akan aku masuk samada 11km ataupun 21km, setelah membuat pertimbangan yang tidak waras kerana setahu aku semua “runners” adalah "tidak waras" maka secara rasmi aku telahpun mendaftarkan diri untuk acara 21km.
-
Latihan litar semalam berjaya juga dijalankan setelah beberapa hari merancang betapa ia lebih susah dilaksanakan seperti di atas kertas. Begitulah kadang-kala kita harus meniru kaedah dari barat dalam menentukan sukan yang sesuai untuk setiap individu, dengan cara jurulatih yang menentukan sukan yang sesuai bukannya diri atlit.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
5:17 PM
0
comments
Sunday, August 03, 2008
Cukup gembira aku hari ini kerana dapat mengikuti kelas senamrobik di Tasik Jaya di bawah kelolaan Nas. Persembahannya cukup bersahaja dan yang paling baik setiap sesi pasti mempunyai regangan, kardiovaskular, annsur maju, daya tahan otot dan gerak kendur. Aku rasa di zaman minyak dunia tengah mahal di planet bumi dialah satu-satunya yang masih lagi memberikan kelas secara percuma.Sebenarnya bukan itu yang menarik perhatian aku sangat tetapi bagaimana hanya dia seorang dapat menarik perhatian orang ramai tanpa “sound system” dan “back up dancers” melainkan radio Philips yang sudah lusuh.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
4:45 PM
0
comments
Saturday, August 02, 2008
-
Jalanraya di sekitar Jalan Dato' Hamzah sangat sibuk kerana kehadiran Mufti negeri Perak ke masjid negeri. Beliau sanggat popular di sini kerana seminggu sebelum penyampaian ceramah Israk Mikraj pada malam tadi semua orang di sini memperkatakan tentangnya. Entah apa pula yang akan keluar di internet esok hari menceritakan pengalaman mereka mendengar ceramahnya dan membuat ulasan penakut kerana tidak menulis nama mereka pada setiap ulasan, pada aku mereka ini suka menokok tambah kononnya untuk tujuan baik. Secara peribadi aku sukakan penyampaian ceramahnya kerana ia tidaklah kasar seperti yang digambarkan oleh media. Sebenarnya di sini pun ramai ulama yang terkenal cuma tidak mendapat liputan yang sepatutnya kerana mana pernah Universiti Al-Azhar membuka cawangan di tempat lain di planet bumi melainkan di Negeri Sembilan.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
10:57 AM
2
comments
Tuesday, July 29, 2008
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
10:57 PM
0
comments
Sunday, July 27, 2008
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
11:08 PM
0
comments
Wednesday, July 23, 2008
Rajan sekali lagi mengajak kami mendaki Nuang namun agak pelik kali ini emelnya mempunyai nama-nama awek yang tiada pernah wujud di alam gunung seperti Lidya dan bermacam nama canggih cuma nama ratu cantik sahaja yang tidak diletakkan di situ jika tidak sudah tentu Azam yang tempang kaki pun akan turut serta. Bila aku cuba “mengayat” awek-awek tersebut aku hanya menerima salam daripada “yahoo mail” mengatakan tiada alamat emel seperti yang aku hantar. Begitulah taktik yang terpaksa digunakan oleh “kaki gunung” untuk memancing rakan mereka sendiri!.
Sham dan kawan-kawan aku akan meredah Taman Rimba Universiti Malaya untuk larian sabtu ini dan aku sekali lagi tidak dapat hadir kerana terpaksa menghadiri kursus di sini. Universiti Malaya yang pernah mendapat “title” antara 100 universiti terbaik dunia satu ketika dulu sebenarnya banyak merubah diri aku menjadi berani gagal. Tengku pernah menyoal aku kenapa aku tidak tinggal jauh dari Universiti Malaya walaupun sudah bekerja, mungkin kerana terlalu banyak kenangan pahit di situ.
-
-
-
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
10:04 PM
0
comments
Monday, July 21, 2008
Pagi ini tepat jam 6.35 pagi Lah mendapat anak perempuan kedua di Bachok, “teammate” aku ini tidak putus-putus senyum menandakan kegembiraannya yang tidak terhingga. Hendak harapkan aku ada anak entah bilala pula, itupun nasib baik juga adalah juga makcik Mah membela anak kucing di kampung boleh juga aku timang-timang dan sesekali aku tempeleng bila ia mencuri ikan. Gembira betul aku kerana ramai yang mendapat mesej yang jelas semasa aku, Lah, Khaira, Yon, Zaida dan Juraida berlakon di hadapan lebih seribu penonton. Inilah kali pertama dalam seumur hidup aku berlakon sebagai watak utama di hadapan lebih seribu penonton dan mendapat tepukan gemuruh kerana berjaya membawa watak budak nakal bersama Lah dalam sketsa Bulan Membaca Kebangsaan. Idea Khaira yang jelas dan “simple” termasuk prop yang menarik memudahkan lakonan disamping kewujudan “narrator” memudahkan kami berlakon tanpa perlu menghafal skrip.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
10:35 PM
0
comments
Saturday, July 19, 2008
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
10:03 PM
0
comments
Thursday, July 17, 2008
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
5:53 PM
2
comments
Tuesday, July 15, 2008
Laporan oleh Biro Perkhemahan dan Gadjet
23 Jun 2008, pagi yang dinanti kunjung tiba maka persediaan yang sudah berlangsung selama lebih tiga bulan akan teruji selama lima hari empat malam di Pasir Bogak Pulau Pangkor. Kami tiba di Pasir Bogak lebih kurang jam 2.30 petang dan mula memasang khemah tidur dan khemah utama seperti yang dirancang. Terdapat beberapa masalah dalam pemasangan khemah kerana keadaan fizikal tapak perkhemahan seperti pokok yang tidak membenarkan kami memenuhi kawasan perkhemahan dengan lapan buah khemah tidur.
Dari segi penyediaan gadjet persediaan telah dilakukan sejak awal bulan lima dengan melakukan latihan di padang Seremban dan kami bernasib baik kerana minggu sebelum Pendidikan Luar kami semua menjalani perkhemahan beruniform yang menunjuk kami membuat gadjet asas. Penyediaan gadjet asas iaitu meja makan, rak kasut, ampaian dan dapur dapat dilaksanakan dengan jayanya disamping gadjet umum seperti pintu gerbang, pagar dan papan kenyataan. Juga setiap kumpulan berjaya member nilai tambah kepada setiap kawasan mereka dengan menyiapkan rak menyimpan menyimpan makanan, tempat menyimpan peralatan, sinki, pintu gerbang dan pagar.
Kumpulan satu mempunyai kelebihan kerana berjaya membina rak menyimpan barang ini bukanlah bermakna kumpulan lain tidak mampu membinanya tetapi lebih kepada faktor kehabisan buluh yang disediakan, mujur gadjet-gadjet lain mampu menutup kekurangan yang ada. Ini dibuktikan bila kami menerima pujian cemerlang oleh penilai luar yang merupakan penghargaan yang tidak ternilai buat kami. Seharusnya kami mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Shamsudin Sharif dan Encik Tan Kait Keong yang banyak membantu kami dari awal program lagi.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
10:14 PM
0
comments
Friday, July 11, 2008
-
Lebih baik aku memikirkan RPH yang perlu di reka setiap hari daripada melayan kanak-kanak yang memang nakal itu. Encik Aizul menganggap aku gagal dalam melaksanakan RPH kerana tidak dapat mengawal pelanggan aku yang sungguh nakal itu sewaktu P&P dijalankan. Aku rasa lebih baik gagal sekarang daripada aku gagal semasa penilaian terakhir pada bulan September kerana aku mempunyai masa untuk memperbaiki teknik P&P.
-
Masa agak lama diambil untuk menyiapkan RPS hingga separuh buku rekod aku dihabiskan untuk itu dan semuanya dalam tulisan tangan. Betapa susahnya menjalani praktikal hanya tuhan sahaja yang tahu kerana hampir setiap hari aku tidur pukul 2 pagi membuat BBM dan membuat RPH yang kadang-kala tiada contoh di dalam simpanan. Tekanan itu membuatkan aku kadang-kala menghisap rokok untuk menghilangkan tekanan dan kadang-kala melakukan latihan dengan meneroka tempat baru di sini.
-
Latihan untuk mengambil sijil menyelamat air (bronze medal) sudahpun dimulakan hari ini dengan penyertaan seramai 21 orang dari Raja Melewar. Penilai luar melihat aku masih lagi salah dari soal “stroke” dan hayunan kepala menyebabkan pergerakan aku perlahan dari kelajuan sebenar walaupun aku tiada masalah dengan jarak satu kilometer. Aku berasa bertuah kerana dapat berenang pertama kali di pusat aquatik tempat atlit Negeri Sembilan mengadakan latihan.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
11:09 PM
3
comments
Sunday, July 06, 2008
Hampir aku tidak mengenali Sampet di Plaza Low Yat semalam sewaktu membeli scanner jenama Lexmax, marah betul dia denganku. Macam mana aku hendak mengenalinya jika wajahnya sudah membesar tiga kali ganda daripada lapan tahun lepas. Banyak perkara yang kami bualkan kenapa aku tidak kahwin, kenapa aku tinggal melidi dan bermacam lagi semuanya tentang aku. Aku sungguh terkejut dan sedih dengan kematian Makmok tiga bulan lepas akibat sakit jantung, walaupun aku secara peribadi tidak menyukainya kerana suka mencari pasal dengan aku.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
1:59 PM
0
comments
Tuesday, July 01, 2008
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
1:30 PM
0
comments
Saturday, June 28, 2008
-
Kem solo yang diadakan di sekitar satu kilometer jalan ke jambatan gantung bukanlah sesuatu yang indah kerana kedudukan stesen 4,5 dan 6 berada sangat jauh daripada kelompok yang lain kerana terletak di atas bukit dan jambatan gantung tempat makhluk tidak bertamadun memuja nombor ekor. Tiga nombor tersebut sebenarnya dikhaskan untuk makhluk-makhluk degil seperti Panjang, Najib, Syafiq, Tom dan aku sendiri. Dengan berbekalkan tiga batang mancis, puncho, hammock, mestin, mee segera dan telur aku terpaksa bermalam bersendirian di lereng bukit betul-betul di bawah jambatan gantung. Nasib baiklah badan aku terlampau penat dapatlah aku tidur nyenyak di sebelah unggun api jika tidak sudah tentu aku terpaksa mendengar segala macam bunyi hilaian dan tapak kaki pada waktu malam seperti kawan-kawan aku yang lain, yang pada hemat aku ia mungkin hilaian siamang dan babi hutan yang banyak di hutan simpan tersebut.
Banyak lagi perkara yang aku perlu belajar tentang prinsip-prinsip asas perkhemahan walaupun sudah biasa sangat mendaki gunung sebelum ini terutama tentang pelan atur perkhemahan dan gajet di mana aku sendiri yang ditugaskan untuk merancang ia sejak bulan Febuari lagi. Sangat memenatkan kerana ia mengambil masa yang panjang terutama sekali latihan mengadakan gadjet yang sesuai dan praktikal dengan kehidupan di hutan terutama kepada aku yang tiada asas pengakap di sekolah dulu. Dimarah hampir setiap setengah jam dan berjaga 24 jam memastikan gajet sinki, rak menyimpan barang, pagar, pintu gerbang dan lubang sampah, siap selain daripada empat gajet utama yang dinilai iaitu rak kasut, penyidai kain, meja makan dan dapur siap sepenuhnya membuatkan kadang-kala kami hilang kesabaran. Itu belum termasuk diuji jenis-jenis ikatan secara mengejut oleh penilai luar yang “mengendorse” markah yang kadang-kala mengganggu emosi dengan kata-kata kasar. Namun semuanya berbaloi dengan markah A dan cemerlang oleh penilai luar dan masih diakui menduduki antara tempat teratas di antara 27 institusi di seluruh Malaysia.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
1:25 PM
0
comments
Saturday, June 21, 2008
Sebenarnya kemahiran aku di bahagian dapur jugalah yang menyebabkan aku dilantik menerajui kumpulan dimana sewaktu itu aku menyelesaikan masalah menu dengan bekalan mentah kering dan kaedah yang akan digunakan kerana cuma dibekalkan 28 set mestin, 3 dapur penunu bunsen, 1 dapur gas kecil dan 3 dozen lilin sebagai peralatan memasak. Oleh kerana aku ini tidak handal menggunakan 28 mestin untuk 90 orang maka terpaksalah menggunakan segala kebijaksanaan yang ada di dalam kepala “meminjam” periuk besar daripada persatuan kerana aku bukanlah seorang yang bangang untuk mengikut peraturan bangang tersebut.
-
Kumpulan aku mendapat tempat pertama dalam malam persembahan, tempat kedua untuk aktiviti menyelamat, tempat ketiga untuk memasak dan tempat keempat untuk kawad kaki dan gajet. Barulah aku rasa betapa susahnya menjaga karenah sebanyak 90 ahli di bawah aku hingga kadang kala aku terpaksa bersikap secara diktaktor dalam urusan pembahagian tugas untuk setiap pertandingan tanpa ada sifat belas. Secara jujur ia bukan sifat aku yang sebenar kerana aku cuma mengambil kaedah yang di guna pakai oleh Pak Rahim di sini dalam soal pembahagian tugas untuk menjimatkan masa supaya membolehkan aku tidur lena sebelum 12.00 pagi kerana cuma mengambil masa 3 minit berbanding kaedah demokrasi mungkin mengambil masa 1 jam cuma untuk menulis nama mereka yang akan bertanding!
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
4:59 PM
1 comments
Monday, June 16, 2008
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
7:04 AM
1 comments
Thursday, June 12, 2008
100 hari di Perak
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
12:39 PM
1 comments
Labels: Pendapat
Tuesday, June 10, 2008
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
5:43 PM
1 comments
Sunday, June 08, 2008
Saturday, June 07, 2008
Taman ini mempunyai dua nilai sentimental kepada aku iaitu pada sebelah taman ini aku pernah dipinjamkan kepada Rim**nan Melati selama seminggu duduk di dalam pejabat berbentuk kontena untuk membantu kerja-kerja pampasan dan hal-hal pentadbiran perpindahan penduduk setinggan Kg Chim Lee ke PPRT DBKL hingga kadang kala campur tangan polis berlaku bila samseng-samseng tunjuk samseng. Nilai sentimental yang kedua ialah mentor aku Firdaus, Afad dan aku pernah melakar antara 10 pasukan terbaik pada bulan Ramadhan yang lepas.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
5:02 PM
0
comments
Labels: Larian
Friday, June 06, 2008
Jadual hari ini aku cuba padatkan dengan membeli buku yang masih gagal di cari di Kedai Buku Minerva Jalan Tunku Abdul Rahman sebelum bergegas ke Taman Desa kerana temujanji dengan Dr. Yap pada pukul 10.00 pagi. Pelik bin ajaib aku dengan Fa**r kerana semenjak Syahril yang kuat mengampu menjadi ahli jawatankuasa Kelab Sukan dan Rekreasi tidakk semena-mena lokasi hari keluarga di adakan di Awana Kijal. Sesuatu yang hampir mustahil untuk difikirkan apalagi untuk dilaksanakan, kerana setahu aku dahulu pilihan pertama mereka adalah Port Dickson, kedua adalah Port Dickson dan ketiga adalah Port Dickson. Banyak yang indah berlaku selepas aku meninggalkan Taman Desa, pertama Yap Dental mengantikan jururawat yang tua dahulu kepada awek lawa lagi muda, ramai kawan-kawan aku sudah naik pangkat (tetapi aku tidak tahu pula apa yang berlaku kepada Nik Shafini kerana dia tiada sewaktu aku berkunjung), Suhaimi sudah semakin kurus dan banyak pilihan makanan yang dijual pada hari Jumaat di hadapan Masjid Taman Desa.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
9:37 PM
0
comments
Tsunami Team
-
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
8:54 PM
0
comments
Labels: Larian
Tuesday, June 03, 2008
Hutan Lipur Terenggun
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
1:39 PM
4
comments
Labels: Santai
Air Terjun Sg. Pandan
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
1:26 PM
1 comments
Labels: Santai
Pekan
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
1:09 PM
0
comments
Labels: Santai
Bukan aku mahu memburuk-burukkan bumi Kuantan tetapi ia selalu mengecewakan aku, kali ini Sham, Kamarul dan Azlan turut terkena badi “Kuantan”. Pagi 1 jun 2008 menyaksikan aku berlari untuk Kuantan Beach Run dari Taman Gelora ke Baluk sejauh 16 kilometer dengan catatan 1jam 31 minit, tersasar seminit daripada matlamat aku. Gagal mendapat “top 50” daripada tidak sampai 250 peserta sudah cukup mengecewakan kami dan hampir-hampir mustahil ia berlaku. Pantai yang terbuka lebih 10 kilometer memungkinkan segalanya berlaku tambahan pula banyak jalan tikus di situ, walaupun penganjur menetapkan 4 “check point” yang perlu dicapai. Keyakinan kami adalah berdasarkan kiraan kasar kelompok di hadapan semasa garisan permulaan dan “rangking” semasa kami. Secara peribadi aku memberikan 3.5 bintang kepada penganjur untuk teknikal, jumlah hadiah dan makanan walaupun semua peserta masih mengungkit cerita duit pendaftaran tahun lepas yang masih belum dipulangkan kerana dibatalkan. Ini adalah trek yang paling aku gemari, mungkin jika tidak memakai kasut adalah lebih baik cuma perlu menjaga kaki pada 2 kilometer pertama laluan bertar (Taman Gelora-Teluk Chempedak) dan sedikit laluan berakar di kawasan bukit di Teluk Chempedak ke Baluk.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
1:03 PM
0
comments
Labels: Larian



